TERIMA KASIH


Terima kasih atas kunjungan anda dan selamat kembali semula di lain waktu


SELAMAT DATANG

"Selamat datang ke blog ini. Khusus kepada penggemar jahitan manik dan labuci"

Sedia menerima tempahan jahitan manik dan labuci untuk busana anda. Maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui

Emel : hudain3691@gmail.com

Tel. : 013 -380 1120

Harga adalah mengikut bajet, keperluan dan citarasa anda

Tuesday, February 1, 2011

BAJU NIKAH

Baju untuk pernikahan ini datangnya dari Hani. Minta dihiaskan pada tangan, leher serta kain. Dsign yang diminta adalah daripada majalah. Cuba disiapkan dengan design yang hampir serupa kerana gambar tidak jelas. Alhamdulillah Hani suka.


Dsign pada kain hanya dijahit di bahagian hadapan selisih.













BAJU BONDA ZURA

Bonda Zura meminta dihiaskan baju kerana nampak kosong. Dsign manik tabur dengan acrylic stone diminta sendiri oleh pemiliknya. Untuk dipakai sewaktu majlis perkahwinan. Dan akhirnya inilah hasilnya.










Design bunga Sakura untuk baju kedua yang dihantar bersama. Hanya hiasan ditangan sahaja yang diminta.













CRUMBLE LOTUS

Design gabungan crumble dan lotus diminta oleh Nurul untuk dihiaskan pada baju. Dijahit pada tangan. Manakala pada kaki baju dijahit dengan design mutiara beriring.


Baju berwarna hijau lembut sejuk mata memandang.





CRUMBLE CT

Design simple crumble sekali lagi menjadi pilihan. Minta ditatariaskan baju pemberian ibu mertua dan ini merupakan hadiah sy utk pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.




CRUMBLE DAYANG

Salam,

Sudah lama tidak bersiaran. Makin bersawang blog ni. Sebenarnya bukan berhenti bermanik tetapi kesibukan kerja, out station dan dalam masa yang sama menyiapkan tempahan baju dr pelanggan pada hujung tahun lepas. Kepada pelanggan harap maaf dipinta kerana ada baju yang agak lambat disiapkan. Walau bagaimanapun percayalah bhw saya selalu mencuba untuk menyiapkan baju kengkawan semua.






Design simple crumble ini diminta oleh Dayang dan paling lama utk disiapkan. Daripada seminggu sebelum raya dihantar sehinggalah bulan 12 baru berjaya disiapkan. Ini kerana menyiapkan tempahan yang diminta mengikut keutamaan. Buat Dayang, maaf ye. Jangan serik lak.hehhe....