TERIMA KASIH


Terima kasih atas kunjungan anda dan selamat kembali semula di lain waktu


SELAMAT DATANG

"Selamat datang ke blog ini. Khusus kepada penggemar jahitan manik dan labuci"

Sedia menerima tempahan jahitan manik dan labuci untuk busana anda. Maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui

Emel : hudain3691@gmail.com

Tel. : 013 -380 1120

Harga adalah mengikut bajet, keperluan dan citarasa anda

Wednesday, November 10, 2010

HIGHLIGHT BATIK DIGITAL

Highlight pada batik digital.



Baju telah dihantar sebelum raya untuk ditatariaskan. Walau bagaimanapun oleh kerana kesuntukan masa, baju tidak dapat disiapkan dan dihantar semula selepas raya untuk ditatariaskan. Terima kasih pada Dr. Yana atas sokongan Dr. yang telah menghantar 3 pasang baju untuk raya Aidilfitri yang lepas. Dan terima kasih juga atas kesabaran menanti baju disiapkan....

JAHITAN MANIK PADA TUDUNG

Jahitan manik pada tudung yang telah disulam. Sulaman Indonesia yang sangat halus. Walau bagaimanapun pemiliknya iaitu Zura minta ditambah sedikit serinya. dan hasilnya..taraaaa!!!!.....

BAJU PENGANTIN

Baju pengantin ini ditempah di dzull de classique dengan jahitan manik sahaja di badan dan kaki kain. Warna manik penyeri ialah gabungan putih, pink dan purple atas permintaan pemiliknya. Pemiliknya ialah Zura..

Jahitan manik sahaja tidak dapat menyerikan baju lace yg dibeli di France ini. Minta dibuat penambaikan supaya nampak lagi terserlah. So inilah hasilnya iaitu bunga lotus dengan tambahan juraian manik dan crystal purple dan pink.

Hiasan lotus di tangan tanpa juraian kerana ketidaksesuaian.

Pandangan dekat bunga lotus berwarna pink dan purple.

Tuesday, November 9, 2010

BUNGA MATAHARI?

Lagi koleksi Zura. Baju lama yang ingin dibarukan semula dengan corak2 bunga manik. Bunga umpama corak bunga matahari.

Bunga pada lipatan pembahagi tangan dibuat menjalar naik supaya tidak nampak kosong.

Wednesday, November 3, 2010

LOTUS

Lagi koleksi Azura...

Bunga lotus menjadi pilihan dengan hiasan dedaunan di keliling bunga. Warna baju soft sangat..hanya kombinasi kuning dan hijau yg ketara dan sesuai. Daun berwarna kuning keemasan.


Koleksi baju Azura...




Request dr owner hanya ingin ditatariaskan dengan manik sahaja. Terhasillah dsign bunga bintang.