TERIMA KASIH


Terima kasih atas kunjungan anda dan selamat kembali semula di lain waktu


SELAMAT DATANG

"Selamat datang ke blog ini. Khusus kepada penggemar jahitan manik dan labuci"

Sedia menerima tempahan jahitan manik dan labuci untuk busana anda. Maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui

Emel : hudain3691@gmail.com

Tel. : 013 -380 1120

Harga adalah mengikut bajet, keperluan dan citarasa anda

Tuesday, October 26, 2010

KOLEKSI RAYA 5 - ZURA N CO. PUNYA

Koleksi baju Zura dan adik. Hanya sempat disiapkan 3 pasang sahaja. Selebihnya disiapkan selepas raya. Maaf atas kelewatan. Semua baju diserahkan selepas 2 minggu puasa kerana tailor lambat serah ke tangan empunya baju daa...

Design ala-ala crumble. Hanya sempat disiapkan di tangan sahaja. Hiasan di leher tidak dapat disiapkan kerana kesuntukan masa. Akan dihantar semula selepas raya.




Design manik tabur di tangan sahaja. Border menggunakan jahitan Manik Pintal.





Baju adik Zura. Hiasan manik tabur juga dan ditambah dengan acrylic stone pelbagai warna serta pearl mengikut kesesuaian warna baju. Border menggunakna teknik Manik Pintal. Hanya siap di leher sahaja dan dipulangkan untuk digayakan pada hari raya. Walau bagaimanapun telah diserah semula dan disiapkan di bahagian tangan.





Design Cauliflower dan Baby Sakura. Ditambah dengan juraian atas permintaan serta kesesuaian agar tidak nampak kosong. Koleksi disiapkan selepas raya. Hiasan di tangan dan sedikit tambahan di bahagian dada.





Design Lotus menggunakan flower sequin serta rantaian daun. Tambahan juraian di bahagian atas lapisan baju. Koleksi selepas raya juga.




Thursday, October 21, 2010

KOLEKSI RAYA 4 - KOLEKSI MEERA CHOMEI

Koleksi baju raya Meera. Telah menghantar 4 pasang baju tetapi hanya 2 sahaja yg sempat disiapkan untuk digayakan pada hari raya lepas. Tu le saper suruh hantar last minute. Hehehehe...Jangan marah aaa...



Warna baju sweet sangat. Soft color. Minta ditatariaskan dengan corak baby daisy. Minat sangat dengan dsign baby daisy. Kombinasi color blue turquoise dan soft purple.



Baju utama katanya. Dsign yang digunakan ialah ala-ala crumble mumble. Cubaan berani mati bila buat dsign ni...hehehe Hm kena pegi kelas crumble ni...

KOLEKSI RAYA 3 - IZAN YANG PUNYA

Baju milik office mate. Corak bunga labuci ala-ala Shimmering Flora menjadi pilihan.





Kombinasi baju warna hitam dan putih sebagai tema warna keluarga. Gabungan labuci yg ditatariaskan juga menggunakan kombinasi warna hitam dan putih serta sedikit silver color utk menaikkan dan menyerikan hiasan bunga labuci.





Kombinasi warna hijau kuning. Yg pasti bkn warna bendera Kedah. Semuanya adalah secara kebetulan sahaja.



Tuesday, October 12, 2010

KOLEKSI RAYA 2






































Baju untuk majlis pertunangan selepas raya. Baju kedua oleh customer online.


KOLEKSI RAYA 1


Kembali semula dengan koleksi raya setelah lama menyepi diri. Kesibukan kerja dan kesuntukan masa. Baju milik adik. Hanya sempat dihiaskan di bahagian tangan sahaja. Tatarias di badan akan disambung kemudian. Kes tak sempat. Hehehe...





Baju yang dihantar melalui seorang kawan. Minta hanya ditatariaskan dengan manik sahaja. Koleksi yang lain akan menyusul.