TERIMA KASIH


Terima kasih atas kunjungan anda dan selamat kembali semula di lain waktu


SELAMAT DATANG

"Selamat datang ke blog ini. Khusus kepada penggemar jahitan manik dan labuci"

Sedia menerima tempahan jahitan manik dan labuci untuk busana anda. Maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui

Emel : hudain3691@gmail.com

Tel. : 013 -380 1120

Harga adalah mengikut bajet, keperluan dan citarasa anda

Wednesday, November 10, 2010

HIGHLIGHT BATIK DIGITAL

Highlight pada batik digital.



Baju telah dihantar sebelum raya untuk ditatariaskan. Walau bagaimanapun oleh kerana kesuntukan masa, baju tidak dapat disiapkan dan dihantar semula selepas raya untuk ditatariaskan. Terima kasih pada Dr. Yana atas sokongan Dr. yang telah menghantar 3 pasang baju untuk raya Aidilfitri yang lepas. Dan terima kasih juga atas kesabaran menanti baju disiapkan....

JAHITAN MANIK PADA TUDUNG

Jahitan manik pada tudung yang telah disulam. Sulaman Indonesia yang sangat halus. Walau bagaimanapun pemiliknya iaitu Zura minta ditambah sedikit serinya. dan hasilnya..taraaaa!!!!.....

BAJU PENGANTIN

Baju pengantin ini ditempah di dzull de classique dengan jahitan manik sahaja di badan dan kaki kain. Warna manik penyeri ialah gabungan putih, pink dan purple atas permintaan pemiliknya. Pemiliknya ialah Zura..

Jahitan manik sahaja tidak dapat menyerikan baju lace yg dibeli di France ini. Minta dibuat penambaikan supaya nampak lagi terserlah. So inilah hasilnya iaitu bunga lotus dengan tambahan juraian manik dan crystal purple dan pink.

Hiasan lotus di tangan tanpa juraian kerana ketidaksesuaian.

Pandangan dekat bunga lotus berwarna pink dan purple.

Tuesday, November 9, 2010

BUNGA MATAHARI?

Lagi koleksi Zura. Baju lama yang ingin dibarukan semula dengan corak2 bunga manik. Bunga umpama corak bunga matahari.

Bunga pada lipatan pembahagi tangan dibuat menjalar naik supaya tidak nampak kosong.

Wednesday, November 3, 2010

LOTUS

Lagi koleksi Azura...

Bunga lotus menjadi pilihan dengan hiasan dedaunan di keliling bunga. Warna baju soft sangat..hanya kombinasi kuning dan hijau yg ketara dan sesuai. Daun berwarna kuning keemasan.


Koleksi baju Azura...




Request dr owner hanya ingin ditatariaskan dengan manik sahaja. Terhasillah dsign bunga bintang.
















Tuesday, October 26, 2010

KOLEKSI RAYA 5 - ZURA N CO. PUNYA

Koleksi baju Zura dan adik. Hanya sempat disiapkan 3 pasang sahaja. Selebihnya disiapkan selepas raya. Maaf atas kelewatan. Semua baju diserahkan selepas 2 minggu puasa kerana tailor lambat serah ke tangan empunya baju daa...

Design ala-ala crumble. Hanya sempat disiapkan di tangan sahaja. Hiasan di leher tidak dapat disiapkan kerana kesuntukan masa. Akan dihantar semula selepas raya.




Design manik tabur di tangan sahaja. Border menggunakan jahitan Manik Pintal.





Baju adik Zura. Hiasan manik tabur juga dan ditambah dengan acrylic stone pelbagai warna serta pearl mengikut kesesuaian warna baju. Border menggunakna teknik Manik Pintal. Hanya siap di leher sahaja dan dipulangkan untuk digayakan pada hari raya. Walau bagaimanapun telah diserah semula dan disiapkan di bahagian tangan.





Design Cauliflower dan Baby Sakura. Ditambah dengan juraian atas permintaan serta kesesuaian agar tidak nampak kosong. Koleksi disiapkan selepas raya. Hiasan di tangan dan sedikit tambahan di bahagian dada.





Design Lotus menggunakan flower sequin serta rantaian daun. Tambahan juraian di bahagian atas lapisan baju. Koleksi selepas raya juga.




Thursday, October 21, 2010

KOLEKSI RAYA 4 - KOLEKSI MEERA CHOMEI

Koleksi baju raya Meera. Telah menghantar 4 pasang baju tetapi hanya 2 sahaja yg sempat disiapkan untuk digayakan pada hari raya lepas. Tu le saper suruh hantar last minute. Hehehehe...Jangan marah aaa...



Warna baju sweet sangat. Soft color. Minta ditatariaskan dengan corak baby daisy. Minat sangat dengan dsign baby daisy. Kombinasi color blue turquoise dan soft purple.



Baju utama katanya. Dsign yang digunakan ialah ala-ala crumble mumble. Cubaan berani mati bila buat dsign ni...hehehe Hm kena pegi kelas crumble ni...

KOLEKSI RAYA 3 - IZAN YANG PUNYA

Baju milik office mate. Corak bunga labuci ala-ala Shimmering Flora menjadi pilihan.





Kombinasi baju warna hitam dan putih sebagai tema warna keluarga. Gabungan labuci yg ditatariaskan juga menggunakan kombinasi warna hitam dan putih serta sedikit silver color utk menaikkan dan menyerikan hiasan bunga labuci.





Kombinasi warna hijau kuning. Yg pasti bkn warna bendera Kedah. Semuanya adalah secara kebetulan sahaja.



Tuesday, October 12, 2010

KOLEKSI RAYA 2






































Baju untuk majlis pertunangan selepas raya. Baju kedua oleh customer online.


KOLEKSI RAYA 1


Kembali semula dengan koleksi raya setelah lama menyepi diri. Kesibukan kerja dan kesuntukan masa. Baju milik adik. Hanya sempat dihiaskan di bahagian tangan sahaja. Tatarias di badan akan disambung kemudian. Kes tak sempat. Hehehe...





Baju yang dihantar melalui seorang kawan. Minta hanya ditatariaskan dengan manik sahaja. Koleksi yang lain akan menyusul.


Tuesday, September 14, 2010

As Salam...

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Lama dah tak update blog ni. Sib baik tak bersawang je. Sebelum raya sibuk menjahitkan baju customer. Insya Allah semuanya akan di upload dalam waktu terdekat. Tq atas sokongan anda.

Monday, July 12, 2010

MANIK BERIRING MUTIARA



Manik beriring mutiara dibaju sendiri. Daun warna biru hanya sekadar hiasan semasa ketandusan idea...hehehe...

FOR SOMEBODY...





First baju dr customer online. Minta dihiaskan pergelangan tangan serta bawah baju. Warna bunga apple green dipadankan dengan warna kain. Idea design diceduk sedikit drpd sentuhan kreatif Ladybeads n Needles House. Mohon izin ya. TQ....

Dan ucapan terima kasih atas kepercayaan Myza untuk sy menatariaskan baju beliau.