TERIMA KASIH


Terima kasih atas kunjungan anda dan selamat kembali semula di lain waktu


SELAMAT DATANG

"Selamat datang ke blog ini. Khusus kepada penggemar jahitan manik dan labuci"

Sedia menerima tempahan jahitan manik dan labuci untuk busana anda. Maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui

Emel : hudain3691@gmail.com

Tel. : 013 -380 1120

Harga adalah mengikut bajet, keperluan dan citarasa anda

Friday, April 6, 2012

KOLEKSI 2012

Antara koleksi 2012 yang telah disiapkan. Lagi busana milik Azura.











Ini pula merupakan busana Nurul dengan warna baby blue. Buat pertama kalinya mencuba bunga organza beserta filigree. Alhamdulillah Nurul suka dengan hasilnya.







Friday, March 16, 2012

KOLEKSI 2011

Antara koleksi yang belum sempat dijadikan tatapan di blog. Utk sajian mata semua.

Busana milik Azura.Pelanggan tetap (jgn serik ye Zurr).

Dsign crumble yang menjadi pilihan pada busana plain purple.







Crumble pada busana plain chocolate. Gambar kurang menyerlah. Al maklum jurufota amatur.





Koleksi flora juga milik Azura.













Yang terakhir Azura meminta hi lite pada busana dari Bandung.





Koleksi seterusnya milik kawan kepada Azura. Busana milik Misya. Terima kasih Misya atas kepercayaan menghantar 3 pasang busana miliknya.



Koleksi flora pada busana plain hijau muda. Idea dicedok sedikit dari Arry.





Meminati dsign shimmering flora diaplikasikan pada busana pink yang menyerlah warnanya.





Busana terakhir dsign crumble diaplikasikan pada Thai Silk berwarna orange.

Wednesday, January 11, 2012

MENYEPI SEKETIKA

Salam,

Lama dah tak update blog ni. Semuanya kerana Nur Dayana Safiah, anak ketiga yang lahir pada tanggal 11.11.11. Semua kerja-kerja hobi jahitan terpaksa dilupakan sebelum ini. Tetapi kini kembali semula. Hasil jahitan sebelum ini ada yang tidak sempat dimasukkan di dalam blog. Kepada rakan-rakan yang masih mengikuti blog ini, diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini.

Kini saya kembali semula dengan hobi saya....

Tuesday, February 1, 2011

BAJU NIKAH

Baju untuk pernikahan ini datangnya dari Hani. Minta dihiaskan pada tangan, leher serta kain. Dsign yang diminta adalah daripada majalah. Cuba disiapkan dengan design yang hampir serupa kerana gambar tidak jelas. Alhamdulillah Hani suka.


Dsign pada kain hanya dijahit di bahagian hadapan selisih.













BAJU BONDA ZURA

Bonda Zura meminta dihiaskan baju kerana nampak kosong. Dsign manik tabur dengan acrylic stone diminta sendiri oleh pemiliknya. Untuk dipakai sewaktu majlis perkahwinan. Dan akhirnya inilah hasilnya.










Design bunga Sakura untuk baju kedua yang dihantar bersama. Hanya hiasan ditangan sahaja yang diminta.













CRUMBLE LOTUS

Design gabungan crumble dan lotus diminta oleh Nurul untuk dihiaskan pada baju. Dijahit pada tangan. Manakala pada kaki baju dijahit dengan design mutiara beriring.


Baju berwarna hijau lembut sejuk mata memandang.





CRUMBLE CT

Design simple crumble sekali lagi menjadi pilihan. Minta ditatariaskan baju pemberian ibu mertua dan ini merupakan hadiah sy utk pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.